Selamat Datang Ke MODULE+++

GERBANG ILMU IFINITI

Thursday, January 28, 2010

Taklimat Pengisian Dokumen Perjanjian PTPTN bagi pelajar DIPLOMA DAN INTEGRASI

Assalamualaikum dan selamat petang...

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Taklimat Pengisian Dokumen Perjanjian PTPTN bagi pelajar DIPLOMA DAN INTEGRASI kemasukan Sesi Januari 2010 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :

TARIKH : 5 FEBRUARI 2010 (Jumaat)
TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA (DSM)
MASA : 3.00 PETANG

Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon bantuan Penasihat Akademik(PA) pelajar kemasukan DIPLOMA DAN INTEGRASI Sesi JANUARI 2010 di semua jabatan (JKM, JKE, JTMK, JP) agar dapat memaklumkan perkara di atas kepada pelajar.

Bantuan para pensyarah kursus bagi pelajar yang mempunyai kelas pada tarikh dan masa tersebut juga diperlukan untuk melepaskan pelajar sedikit awal bagi menghadiri taklimat ini. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

p/s : Mohon bantuan unit ICT dan UIDM jika tidak keberatan dapat mengiklankan maklumat ini di dalam web psp dan infochannel.

Sekian, terima kasih.

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


MOHAMAD HELMI BIN YUSOFF@OTHMAN
PEGAWAI BIASISWA
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
TEL : 04-5383322 EXT: 5103
H/P : 012-4323902
E-MAIL : helmi@psp.edu.my / tergolek@yahoo.com

Friday, January 22, 2010

BIASISWA

Assalamualaikum dan selamat petang...


Sukacita dimaklumkan bahawa satu Taklimat Pengisian Borang pinjaman KPTM bagi pelajar SIJIL Sesi Januari 2010 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :

TARIKH : 27 JANUARI 2010 (RABU)
TEMPAT : DEWAN KULIAH UTAMA (DKU)
MASA : 3.30 PETANG

Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon bantuan Penasihat Akademik(PA) pelajar kemasukan sijil Sesi JANUARI 2010 di semua jabatan (JKM, JKE, JTMK, JP) agar dapat memaklumkan perkara di atas kepada pelajar. Pelajar dikehendaki membawa alat tulis (terutamanya pensil dan pemadam) pada sesi taklimat tersebut.

Bantuan para pensyarah ko-kurikulum R1001 polibriged juga diperlukan untuk melepaskan pelajar sedikit awal bagi menghadiri taklimat ini. Kerjasama daripada pihak tuan\puan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


MOHAMAD HELMI BIN YUSOFF@OTHMAN
PEGAWAI BIASISWA
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
TEL : 04-5383322 EXT: 5103
H/P : 012-4323902
E-MAIL : helmi@psp.edu.my / tergolek@yahoo.com
(Sumber: Pengawai biasiswa PSP)

Thursday, January 21, 2010

AKSES SOALAN PEPERIKSAAN YANG LEPAS

Salam sejahtera,

Tuan/puan warga PSP yang dihormati

Sukacita dimaklumkan bahawa koleksi soalan peperiksaan telah boleh dilayari dari luar PSP melalui Laman Web Rasmi PSP . www.psp.edu.my
Untuk capaian ke koleksi tersebut login user diperlukan (diletakkan pada menu sebelah kiri) :

Senarai username adalah seperti berikut :

staf – untuk semua staf psp
pelajarkss – untuk semua pelajar kss
pelajarjke – untuk semua pelajar jke
pelajarjkm – untuk semua pelajar jkm
pelajarjtmk – untuk semua pelajar jtmk
pelajarjp – untuk semua pelajar jp

password adalah
[Sila jumpa pensyarah kursus bagi mendapatkan password] bagi semua login di atas.

Kepada pensyarah, minta bantuan maklumkan kepada semua pelajar apabila di kelas nanti.
Beritahu pelajar login ini hanya untuk pelajar PSP sahaja dan ia tidak diberikan kepada pelajar yang bukan pelajar PSP.

Sekian, harap maklum.


Irdawati binti Hj Ishak
Unit ICT
Politeknik Seberang Perai
Tel(Of) : 04-5383322 (ext : 1061)
Fax : 04-5389266

(sumber dari unit ICT)

Monday, January 18, 2010

Selamat Datang !!!


Selamat datang pelajar baru sesi januari 2010 ke PSP. Anda adalah bintang harapan PSP yang baru bersinar.Semoga azam dan iltizam anda dizahirkan dengan jayanya disini.
[gambar: sumber nopac psp]

Monday, January 11, 2010

APA YANG WAJIB ADA APABILA DATANG KE KULIAH?


SALAM,


Kepada pelajar baru yang akan memasuki kelas saya, diingatkan membawa calculator bagi tujuan P&P.

SALAM 1 MALAYSIA


SELAMAT DATANG KE BLOG MODULE+++


Alhamdulillah kerana dapat membuka satu lagi blog bagi tujuan sebaran maklumat serta pengajaran dan pembelajaran melalui online. Dari masa kesemasa, saya akan update ruangan ini agar memberi faedah kepada kita bersama. Blog ini juga sangat relevan kepada pelajar politeknik yang sedang mengikuti kursus ini. Apa jua komen dan cadangan anda akan dipertimbangkan. Sekian Terima Kasih.