Assalamualaikum dan selamat petang...
Sukacita dimaklumkan bahawa satu Taklimat Pengisian Dokumen Perjanjian PTPTN bagi pelajar DIPLOMA DAN INTEGRASI kemasukan Sesi Januari 2010 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :
TARIKH : 5 FEBRUARI 2010 (Jumaat)
TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA (DSM)
MASA : 3.00 PETANG
Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon bantuan Penasihat Akademik(PA) pelajar kemasukan DIPLOMA DAN INTEGRASI Sesi JANUARI 2010 di semua jabatan (JKM, JKE, JTMK, JP) agar dapat memaklumkan perkara di atas kepada pelajar.
Bantuan para pensyarah kursus bagi pelajar yang mempunyai kelas pada tarikh dan masa tersebut juga diperlukan untuk melepaskan pelajar sedikit awal bagi menghadiri taklimat ini. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
p/s : Mohon bantuan unit ICT dan UIDM jika tidak keberatan dapat mengiklankan maklumat ini di dalam web psp dan infochannel.
Sekian, terima kasih.
“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
MOHAMAD HELMI BIN YUSOFF@OTHMAN
PEGAWAI BIASISWA
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
TEL : 04-5383322 EXT: 5103
H/P : 012-4323902
E-MAIL : helmi@psp.edu.my / tergolek@yahoo.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment