Selamat Datang Ke MODULE+++

GERBANG ILMU IFINITI

Thursday, February 11, 2010

JEMPUTAN EKSPO KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2010 (EKSPEN 2010)

Tuan,

JEMPUTAN EKSPO KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2010 (EKSPEN 2010)

Merujuk perkara di atas, inilah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Sektor Kesejahteraan Pelajar dan Sektor Perkhidmatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan Ekspo Kerjaya dan Pendidikan 2010 pada 5 – 7 Mac 2010 bertempat di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput pelajar-pelajar daripada institut tuan, untuk untuk turut sama dalam Ekspo Kerjaya dan Pendidikan 2010. Aktiviti program adalah seperti berikut :-

Tarikh : 5 -7 Mac 2010
Masa :9.00 pg – 5.00 ptg
Pengisisan:

a) Pameran Kerjaya dan Pendidikan
b) Pameran Keusahawanan
c) Temuduga Terbuka
d) Klinik kaunseling dan kerjaya

3. Sebarang kesulitan dan masalah bolehlah berhubung dengan saya di talian 04-6532267 atau Puan Raja Salwati Bt Raja Othman di talian 04-6533410. 4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Memastikan Kelestarian Hari Esok’


t.t Raja Salwati bt Raja Othman
Penolong Pendaftar Kanan
b.p Ketua Penolong Pendaftar

No comments:

Post a Comment