Selamat Datang Ke MODULE+++

GERBANG ILMU IFINITI

Thursday, February 11, 2010

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI PERTAMA TAHUN 2010

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan bagi Sesi Pertama Tahun 2010 bermula pada 1 Februari 2010 (Isnin).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2010 (Khamis). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus setia di talian 03-55447480 / 7482 / 7543.

PERHATIAN

1. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, ANDA BOLEH RUJUK PADA FILE YANG DI ‘ATTACH’KAN.
2. MOHON BANTUAN PARA PENASIHAT AKADEMIK(PA) UNTUK MEMAKLUMKAN / MEMANJANGKAN MAKLUMAT INI KEPADA PELAJAR DI BAWAH SELIAAN ANDA
(BAGI PELAJAR YANG BERASAL DARI SELANGOR)


Sekian, terima kasih.

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


MOHAMAD HELMI BIN YUSOFF@OTHMAN
PEGAWAI BIASISWA
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
TEL : 04-5383322 EXT: 5103
H/P : 012-4323902
E-MAIL : helmi@psp.edu.my / tergolek@yahoo.com

(sumber dari pegawai biasiswa)

No comments:

Post a Comment